top of page

Polis Cuba Kesan Waris Mayat

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

10 Mac 2026


KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu memohon kerjasama orang awam bagi membantu mengesan waris kepada seorang wanita yang masih belum dituntut.


Mangsa yang belum dikenal pasti identitinya ditemui meninggal dunia di kawasan perairan Kampung Kesuapan, Pulau Gaya, pada 8 Mac lalu.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini menegaskan, pihak polis menerima maklumat daripada Ketua Kampung berhubung penemuan satu mayat wanita yang terapung di kawasan perairan Kampung Kesuapan, Pulau Gaya.


Katanya, bertindak atas maklumat itu, pihak polis menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian sebelum mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu bagi tujuan tindakan lanjut sementara menunggu waris tampil membuat pengecaman.


“Sehubungan itu, mana-mana ahli keluarga atau individu yang mengenali si mati diminta untuk tampil atau menghubungi pihak polis dengan segera bagi tujuan pengecaman dan pengurusan selanjutnya.


“Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi IPD Kota Kinabalu di talian 088-529222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.


Menurutnya, segala kerjasama dan keprihatinan orang awam dalam membantu menyampaikan maklumat ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page