top of page

Polis kesan lelaki larikan diri selepas kemalangan

  • nabalunews
  • Nov 18, 2024
  • 1 min read



18 November 2024


Oleh Wartawan Nabalu News 


TAWAU: Polis sedang mengesan seorang pemandu Proton Saga Iswara berwarna hijau yang melarikan diri selepas bertembung dengan sebuah lagi kenderaan Proton Saga Iswara berwarna merah dalam kemalangan di Jalan Kongsi 10, di sini kira-kira 3.50 petang, semalam.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata dalam kejadian itu, seorang mangsa lelaki warga emas, 72, mengalami kecederaan ringan dan masih dalam pemantauan pihak hospital


Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kes langgar lari itu untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Adie Nasri Tappoh di talian 014-2847181.


Menurutnya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati nahas berlaku ketika mangsa yang memandu Iswara berwarna merah sedang dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Taman Hot Spring dari Andrassy.


"Ketika menghampiri selekoh di tempat kejadian, tiba-tiba sebuah kereta Iswara berwarna hijau yang muncul dari arah bertentangan, masuk ke laluan mangsa lalu kedua-dua kenderaan itu bertembung," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Jasmin berkata, selepas kemalangan tersebut, pemandu Iswara hijau bertindak melarikan diri, manakala, pemandu Iswara merah dihantar ke Hospital Tawau bagi mendapatkan rawatan.


Tambahnya, polis masih meneruskan siasatan kes itu di bawah Rule 10 LN 166 / 59.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page