top of page

POLIS KETATKAN PENGUATKUASAAN PEMATUHAN SOP PKPB DI BELURAN

  • nabalunews
  • Nov 23, 2020
  • 1 min read

23 NOV 2020


BELURAN: Polis akan mengetatkan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Beluran susulan peningkatan kes COVID-19 di daerah ini, yang kini menjadi zon jingga.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Kasim Muda berkata pihaknya telah menubuhkan pasukan pemantau bersama Pejabat Kesihatan Daerah bagi tiga zon dalam daerah itu iaitu di Beluran, Telupid dan Paitan bagi memastikan pematuhan masyarakat terhadap SOP tersebut pada tahap yang tinggi.

“Penugasan ini dijalankan setiap hari untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat bagi mengekang penularan COVID-19 dengan kawasan tumpuan operasi ialah Nangoh, Pekan Botition, Kampung Batangon Laut dan Paitan.

“Bagaimanapun, kawasan lain juga tidak terlepas daripada pemantauan dan mereka yang ingkar mematuhi SOP yang ditetapkan akan ditahan atau dikenakan kompaun tanpa kompromi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kasim berkata sepanjang PKPB dikuatkuasakan di seluruh Sabah sejak 13 Okt lepas, sebanyak 49 kompaun dikeluarkan di Beluran atas pelbagai kesalahan tidak mematuhi SOP ditetapkan.

Beluran bertukar daripada zon kuning kepada jingga sejak Sabtu lalu dengan 26 kes aktif direkodkan sehingga semalam. - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page