top of page

POLIS MARIN RAMPAS IKAN BOM YANG DITINGGALKAN

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 11, 2020
  • 1 min read


11 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya merampas tiga bot pam dan ikan yang dipercayai ditangkap menggunakan bahan letupan, di kawasan perairan Pulau Manampilik Semporna.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohammad Ismail berkata, keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM6,090 dan diserahkan kepada Balai Polis Bum-Bum untuk siasatan lanjut.

“Pada jam lebih kurang 11.30 pagi semalam semasa Pasukan Polis Marin Semporna menjalankan satu operasi di kawasan perairan Pulau Manampilik Semporna berjaya merampas tiga buah Bot Pam namun kesemua juragannya telah melarikan diri apabila menyedari Pasukan Polis Marin menghampiri mereka.

“Hasil pemeriksaan dijalankan di dalam ketiga-tiga ruangan bot pam tersebut mendapati pelbagai jenis ikan anggaran lebih kurang 8kg, 5kg dan 5kg bagi setiap bot pam tersebut disyaki ditangkap menggunakan bahan letupan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohammad berkata, tiga buah pump boat serta muatan tersebut ditahan dan disiasat dibawah Seksyen 26 (1)(c) Akta Perikanan 1985.

Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

Maklumat boleh disalurkan terus menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah melalui talian 0132831197.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page