top of page

Polis Marudu Giat Cegah Jenayah di Bazar Ramadhan

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns


27 Februari 2026


KOTA MARUDU: Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu terus komited melaksanakan pendekatan proaktif dengan mengadakan program kesedaraan jenayah di Tapak Bazar Ramadhan Kota Marudu, rabu lepas.


Program yang bertujuan mendekatkan polis dengan komuniti itu telah diketuai oleh Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (KBPJKK), ASP Jailix Amindang bersama-sama anggota BPJKK. Sasaran utama program ini adalah golongan peniaga dan pengunjung yang membanjiri bazar tersebut.


Menurut ASP Jailix, inisiatif edaran risalah ini bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan tahap kewaspadaan masyarakat terhadap pelbagai bentuk ancaman jenayah. Fokus utama pencegahan meliputi jenayah harta benda seperti kecurian dan ragut, serta jenayah penipuan dalam talian yang semakin berleluasa.

"Kita juga ingin memastikan masyarakat mengetahui langkah-langkah keselamatan diri asas bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah, terutamanya di kawasan tumpuan ramai seperti ini," ujarnya.


Sepanjang program berlangsung, orang ramai turut dinasihatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan barangan peribadi. Masyarakat juga diminta untuk tidak bertindak sebagai pelapor sahaja, malah digalakkan untuk segera menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mengesan sebarang aktiviti yang mencurigakan di persekitaran mereka.

PDRM IPD Kota Marudu melalui BPJKK akan terus melaksanakan aktiviti pencegahan jenayah secara berterusan di seluruh daerah ini. Langkah proaktif ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial polis dalam memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat sentiasa terpelihara, khususnya di lokasi-lokasi tumpuan awam seperti bazar Ramadan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page