top of page

Polis Penampang tahan lelaki, rampas emas RM50,000

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


2 April 2026


PENAMPANG: Polis Daerah Penampang berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun yang disyaki terlibat dalam kes curi dalam premis (kedai emas) di sekitar Penampang dan Putatan.


Suspek ditahan pada 31 Mac 2026, lebih kurang jam 1.00 petang, di kawasan bangunan komersial di Kota Kinabalu. Penahanan dibuat berdasarkan maklumat yang diterima oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.


Dalam rampasan tersebut, polis menyita enam (6) utas gelang tangan emas pelbagai saiz bernilai anggaran RM50,000 mengikut harga pasaran. Turut dirampas sebuah kenderaan, telefon bimbit, pakaian serta dokumen berkaitan bagi membantu siasatan lanjut.

Hasil semakan rekod mendapati suspek mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah harta benda serta penyalahgunaan dadah.


Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, dan bagi kesalahan berulang boleh dikenakan sebat.


Polis menyeru orang ramai terus menjadi mata dan telinga dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau mencurigakan kepada pihak polis bagi membantu menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page