top of page
  • nabalunews

Polis Sabah perhebatkan operasi banteras penyalahgunaan dadah di pusat hiburan

25 Ogos 2024


KOTA KINABALU: 20 operasi membanteras penyalahgunaan dadah di kalangan pengunjung pusat hiburan di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang, dilancarkan Polis Kontinjen Sabah sejak Januari sehingga 18 Ogos lalu.


Daripada jumlah itu, 8 orang ditahan di Penampang atas pelbagai kesalahan penyalah gunaan dadah dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang untuk tindakan lanjut.


Memetik laporan program 999 yang disiarkan TV3, operasi dilancarkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, JSJN Ibupejabat Polis Kontinjen Sabah bersama JSJN Ibupejabat Polis Daerah, IPD Kota Kinabalu dan Penampang.


Sepanjang tempoh Januari sehingga 18 Ogos lalu, 13 pusat hiburan di Kota Kinabalu dan 7 di Penampang diperiksa.


Ujian air kencing dilakukan ke atas pengunjung pusat hiburan.


Tiada tangkapan direkodkan dalam operasi di Kota Kinabalu.


Manakala 8 tangkapan dibuat di Penampang.


Seorang ditangkap atas kesalahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya, ADB 1952 manakala 7 tangkapan dilakukan mengikut Seksyen15(1)(a) ADB.


Mereka kini ditahan di IPD Penampang untuk tindakan lanjut.


Dalam Ops Pusat Hiburan di sekitar Penampang pada 30 Jun lalu, lebih 400 orang diperiksa.


Ujian air kencing dilakukan ke atas 409 orang terdiri 258 lelaki dan 151 wanita.


5 orang terdiri 4 lelaki dan seorang wanita yang positif dadah jenis Ketamin dan THC, ditahan dan dibawa ke IPD Penampang untuk tindakan lanjut.


Operasi dilancarkan JSJN Ibupejabat Polis Kontinjen Sabah bersama JSJN Ibupejabat Polis Daerah, IPD Penampang.


Ketua JSJN Sabah, Asisten Komisioner Zulkepli Hashim berkata operasi ini akan dilancarkan dari masa ke semasa bagi membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di pusat-pusat hiburan di Sabah.

Comments


bottom of page