Polis Sahkan Terima Laporan
- nabalunews
- Jun 16, 2025
- 1 min read

16 Jun 2025
PENAMPANG: Polis daerah ini mengesahkan sudah menerima laporan polis berhubung kes khianat dengan membencanakan kabel yang berlaku di sebuah kampung di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya menerima laporan pada 16 Jun lalu berhubung kes berkenana yang turut tular di media sosial sejak pagi tadi.
Katanya, menerusi hantaran beberapa video pendek di laman komuniti media sosial itu memaparkan seorang individu sedang menarik kabel dipercayai perbuatan khianat.
“Namun demikian, kes berkenaan masih dalam siasatan pohak polis dan usaha menjejaki suspek turut giat dijalankan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Sehubungan itu, Sammy berkata, orang ramai yang memounyai maklumat berhubung kejadian berkenaan diminta segera menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.
“Maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Inspektor Mohd Anis Abdullah di talian 0136365734.
“Orang ramai juga diminta tidak memuatnaik atau menyebarkan maklumat palsu di mana-mana platform media sosial kerana dibimbangi boleh mengganggu siasatan selain menimbulkan kegusaran masyarakat,” tegasnya.















Comments