top of page

Polis siasat remaja baling batu ke arah pelancong Itali di Ranau

nabalunews
10 hours ago
2 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


14 Oktober 2026


RANAU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau sedang menyiasat kejadian sekumpulan remaja membaling batu ke arah seorang pelancong warga Itali di kawasan padang Kampung Lohan, pada 8 Oktober lalu.


Ketua Polis Daerah Ranau, Superintenden Mursalin Mahmud, berkata IPD Ranau telah menubuhkan satu pasukan siasatan bagi menyiasat kejadian tersebut.


Menurutnya, siasatan dijalankan termasuk menemubual penama, membuat lawatan ke tempat kejadian, serta menemubual beberapa individu berkaitan dan pihak yang membenarkan pelancong itu mendirikan khemah di padang berkenaan.



Pelancong terbabit, Nicola Chiacchio, berasal dari Itali dan dalam perjalanan mengelilingi seluruh Sabah menggunakan basikal. Beliau dilaporkan singgah berehat di beberapa daerah di Sabah, termasuk Ranau, dan berhenti di Kampung Lohan.


Pada 8 Oktober 2026, Chiacchio berhenti berehat di padang Kampung Lohan. Penduduk tempatan dilaporkan datang menyantuni beliau serta memberikan makanan dan air.


Ketika berehat untuk tidur, sekumpulan remaja dipercayai membaling batu ke arah beliau. Chiacchio memuat naik video kejadian bagi menyuarakan kesedaran, terutama kepada ibu bapa, namun video itu dipadam semula pada 9 Oktober 2026.


Beliau tidak membuat laporan polis kerana beranggapan kumpulan remaja tersebut hanya ingin menakutkannya pada waktu malam dan tiada niat mencederakannya. Beliau juga memaklumkan sebahagian remaja dipercayai telah memohon maaf melalui media.


Polis telah mengesan Chiacchio berada di Kem Cinta Mata Pitas dan menggerakkan beberapa pegawai serta anggota untuk menjalankan siasatan.


PDRM IPD Ranau memandang serius kejadian itu dan menasihati masyarakat agar tidak bertindak tanpa memikirkan kesan.


“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada masyarakat daerah Ranau yang prihatin dan sentiasa menyalurkan pelbagai maklumat demi kesejahteraan dan keamanan daerah Ranau,” kata Mursalin.


Beliau juga memuji sikap masyarakat Ranau yang sentiasa mengambil berat dan menghargai setiap pelancong yang datang singgah, khususnya di daerah Ranau.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page