top of page

PPM Serah Kes Penyelewengan Minyak Masak Subsidi 850kg Kepada KPDN Tawau

nabalunews
10 hours ago
1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


14 Oktober 2026


TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) menyerahkan kes disyaki penyelewengan minyak masak subsidi seberat 850kg kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau semalam bagi tindakan lanjut.


Serahan itu dibuat susulan pemantauan dan risikan yang dijalankan di sekitar Kawasan Perairan Laut Batu 3, Tawau.

Nilai keseluruhan barangan serta bot dan enjin yang disita dianggarkan berjumlah RM82,185.00.


Kes tersebut diserahkan kepada Seksyen Penguat Kuasa KPDN Cawangan Tawau untuk siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Jika disabitkan kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM1 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM3 juta bagi kesalahan berikutnya, atau dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat pula, denda sehingga RM2 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan berikutnya boleh dikenakan.


KPDN Cawangan Tawau komited membanteras sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan bagi melindungi kepentingan rakyat dan negara.


Sebarang cubaan menyeleweng atau menyalahgunakan barang kawalan adalah satu kesalahan serius dan akan dikenakan tindakan tanpa kompromi.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page