top of page

Polis tahan 21 pelajar disyaki terbabit pergaduhan

  • nabalunews
  • Nov 22, 2024
  • 1 min read



22 November 2024


KOTA KINABALU: Polis menahan 21 pelajar tingkatan empat dan lima yang disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah gelanggang futsal, dekat sini, yang tular di media sosial, semalam.


Ketua Polis Daerah Kota, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, semua pelajar itu ditahan semalam dan dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya seperti dilaporkan Info X.


Kasim berkata, kejadian ini dipercayai berpunca daripada perselisihan faham yang berlaku sebelum ini.


“Mangsa dipukul beramai-ramai dan mengalami sakit pada beberapa bahagian badan dan telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.


“Setakat ini, tindakan masih dijalankan untuk melengkapkan kertas siasatan,” katanya.


Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.


Semalam, tular satu rakaman video memaparkan sekumpulan pelajar sekolah bergaduh di sebuah gelanggang futsal di Kampung Tebobon, Manggatal, di sini.


Turut ditularkan sekeping gambar menunjukkan kecederaaan di bahagian kepala seorang mangsa yang didakwa dipukul ketika cuba meleraikan pergaduhan berkenaan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page