Polis Tahan Dua Remaja Merusuh
- nabalunews
- Oct 2
- 1 min read

2 Oktober 2025
LAHAD DATU: Dua remaja lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes merusuh di hadapan sebuah sekolah di daerah ini, 27 September lalu.
Kedua-dua individu yang dipercayai pelajar tingkatan dua itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden yang menyebabkan kecederaan terhadap seorang lagi mangsa remaja.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, dalam kejadian berkenaan, seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dilaporkan cedera akibat dipukul sekumpulan individu.
Katanya, mangsa yang cedera di muka dan kepala menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Lahad Datu.
“Dua suspek berusia 14 tahun ditahan pada 30 September lalu bagi membantu siasatan lanjut.
“Polis sedang berusia untuk mengesan beberapa lagi rakan suspek yang masih bebas untuk membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


















Comments