top of page

Polis tahan lelaki disyaki rogol cucu jiran

  • nabalunews
  • Jan 18
  • 1 min read


Suspek ditahan dalam serbuan rumah di sebuah taman perumahan di sini, semalam kerana disyaki merogol cucu jirannya.
Suspek ditahan dalam serbuan rumah di sebuah taman perumahan di sini, semalam kerana disyaki merogol cucu jirannya.

17 January 2025


Oleh: Wartawan Nabalu News 


TAWAU: Polis menahan seorang lelaki berumur 30 tahun yang disyaki merogol seorang mangsa bawah umur, 13, yang juga cucu kepada jirannya, semalam.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek ditangkap selepas sepasukan polis menyerbu rumahnya di sebuah taman perumahan di sini sekitar jam 3.44 petang.


Menurutnya, serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, susulan laporan diterima daripada nenek mangsa, 58.


Katanya, wanita itu mendakwa cucunya dirogol oleh suspek dan mangsa turut mengakui kejadian tersebut yang dikatakan berlaku di dalam bilik mangsa dan bilik stor taman perumahan tersebut.


Tambahnya, kejadian didakwa berlaku tiga kali iaitu pada sekali pada Jun dan dua kali pada Julai tahun lepas.


“Suspek kini ditahan reman untuk siasatan kes mengikut Seksyen  376(1) Kanun Keseksaan,”katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Jasmin berkata, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pernah disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Awam 2012.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page