top of page

Polis tahan remaja perempuan ugut jual teman wanita seorang lelaki

nabalunews
Aug 12, 2025
1 min read

Remaja perempuan ugut jual teman wanita lelaki tempatan diberkas polis.
Remaja perempuan ugut jual teman wanita lelaki tempatan diberkas polis.

12 Ogos 2025


TAWAU: Polis menahan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun selepas mengugut akan menjual teman wanita seorang lelaki sekiranya tidak diberikan wang sebanyak RM5,000, Sabtu lalu.


Suspek berjaya ditahan sepasukan polis sekitar jam 5.30 petang di kawasan Fajar, susulan laporan polis dibuat mangsa berusia 47 tahun.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, berdasarkan laporan diterima, mangsa mendakwa menerima ugutan menerusi aplikasi WhatsApp pada jam 9 malam, 5 Ogos lalu.


Katanya, mesej itu mengandungi beberapa gambar yang menunjukkan kesan lebam pada tubuh teman wanitanya dan dia percaya teks ugutan berkenaan bukan ditaip oleh kekasihnya.


"Pada keesokannya sekitar jam 2.45 petang, mangsa sekali lagi menerima kiriman mesej ugutan yang menuntut wang RM5,000 sekiranya mahu mendapatkan semula teman wanitanya,"katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Jasmin berkata, suspek turut mengugut akan menjual teman wanitanya jika mangsa gagal menyerahkan wang yang dituntut.


Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek berasal dari Sandakan dan polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Iphone13 yang dipercayai digunakan suspek warga tempatan itu untuk mengugut.


Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan peras ugut yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda dan sebatan atau dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page