Polis Tahan Suspek Pecah Rumah Di Tawau
- nabalunews
- 1 hour ago
- 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns
19 Mac 2026
TAWAU: Seorang lelaki warga asing dipercayai terlibat dalam satu kejadian pecah rumah di daerah ini telah ditahan polis di kawasan sebuah masjid di Kampung Titingan, semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Polis (ACP) Jasmin Hussin, berkata suspek berusia lingkungan 28 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Tawau sebelum membawa polis ke lokasi barang curi disembunyikan.
“Suspek merupakan warga asing berusia anggaran 28 tahun dan telah memandu arah polis ke kawasan Jalan Pantai bagi menunjukkan lokasi tempat barang yang disyaki hasil kegiatan jenayah disembunyikan,” katanya.
Menurut beliau, hasil dari maklumat tersebut, polis berjaya merampas beberapa barang kes dari lokasi berkenaan. Antara barang yang dirampas termasuk sebuah bekas plastik, sekeping kertas karbon, satu plastik lutsinar dan satu plastik yang mengandungi sejumlah duit syiling.
Suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Tawau untuk siasatan lanjut.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah pada waktu malam.















Comments