top of page

Polis Tahan Wanita Ejen Judi Atas Talian di Kota Marudu

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kredit gambar: JPJKK PDRM Sabah
Kredit gambar: JPJKK PDRM Sabah

Oleh : Romie Stanley DGuns


15 April 2026


KOTA MARUDU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu aktiviti perjudian atas talian dan menahan seorang wanita tempatan yang dipercayai bertindak sebagai ejen dalam serbuan di Kampung Talantang 2, Kota Marudu.


Serbuan yang dilakukan hasil maklumat awam menerusi QR Code Aduan Masyarakat itu turut membawa kepada rampasan beberapa peralatan elektronik serta wang tunai yang disyaki diperoleh daripada kegiatan perjudian tersebut.


Kes kini disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.


Sementara itu, PDRM menyeru orang ramai agar terus menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah sama ada melalui QR Code Aduan Masyarakat atau saluran rasmi lain.


Kerjasama ini, menurut polis, amat penting bagi membantu pihak berkuasa memastikan kesejahteraan dan keselamatan komuniti setempat terus terpelihara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page