Polis Terus Perhebat Operasi Banteras Aktiviti Penagihan Dadah
- nabalunews
- 10 hours ago
- 1 min read

17 Februari 2026
SANDAKAN: Polis daerah ini terus mempergiatkan operasi bagi menahan individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah di sekitar kawasan berisiko sebagai sebahagian daripada usaha berterusan membanteras gejala berkenaan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sosial facebook Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, operasi terbaru yang dilaksanakan pada Isnin, berjaya menahan empat lelaki positif dadah.
Katanya, operasi Ops Tapis itu selama dua jam yang berakhir jam 12.30 tengah hari itu dilaksanakan di kawasan Kampung Bongaya Baru dan Kampung Bakau, Jalan Batu Sapi, di sini.

“Hasil operasi berkenaan, pihak polis berjaya menahan tiga lelaki kerana memiliki dadah jenis syabu.
“Semua suspek ditahan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB)
1952,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, operasi diteruskan di tepi jalan besar, Jalan Batu Sapi, di sini dan berjaya menahan seorang lagi lelaki kerana disyaki menggunakan dadah merbahaya.

“Semua saspek kemudiannya dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Sandakan untuk ujian saringan awal air kencing polis.
“Hasil ujian saringan awal air kencing polis terhadap semua saspek didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.
“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,”’katanya.
Menurutnya, pelaksanaan operasi itu adalah sebahagian daripada tekad Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman dalam usaha membanteras jenayah dadah di Daerah Sandakan.


















Comments