Polis tinjau kawasan berisiko bencana, eratkan hubungan dengan penduduk Penampang

11 Oktober 2024
PENAMPANG: Program rondaan dan pemantauan sektor oleh Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton, di kawasan Jalan Sugud - Kampung Timpagoh Laut, bertujuan memperkukuhkan kehadiran polis di tengah-tengah komuniti serta memantau kawasan berisiko tinggi.
Selain mewujudkan kehadiran polis yang lebih terasa (Omni Presence), program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara Polis Daerah Penampang dan masyarakat setempat.
Langkah ini dilihat penting untuk membina kepercayaan dan kerjasama di kalangan penduduk luar bandar dengan pihak berkuasa.
Superintendan Sammy turut meninjau kawasan yang dikenal pasti berisiko dilanda bencana seperti banjir kilat dan tanah runtuh, serta lokasi-lokasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai.
Comments