top of page

POS Malaysia lancar semula ‘Program Take Back’, galak rakyat kitar semula bungkusan kurier

  • nabalunews
  • Aug 2, 2025
  • 1 min read

1 Ogos 2025


KUALA LUMPUR: Dalam usaha memperkukuh komitmen terhadap kelestarian alam sekitar, Pos Malaysia Berhad kembali melancarkan edisi kedua ‘Program Take Back’ yang menggalakkan rakyat Malaysia mengitar semula bungkusan kurier terpakai mereka dan menerima ganjaran eksklusif sebagai penghargaan.


Pos Malaysia Berhad, melancarkan edisi kedua ‘Program Take Back’, satu inisiatif yang menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk memainkan peranan aktif dalam mengitar semula bungkusan kurier terpakai mereka, dan menerima ganjaran atas usaha tersebut.


Bermula sekarang hingga 31 Ogos 2025, pelanggan yang membawa sekurang-kurangnya 20 keping bungkusan kurier terpakai termasuk polimailer, pembalut gelembung (saiz minimum 500cm² setiap satu), dan kotak kadbod ke mana-mana 20 pejabat pos terpilih di seluruh negara akan menerima barangan eksklusif daripada Pos Malaysia.


Pejabat pos yang mengambil bahagian termasuk GPO Kuala Lumpur, GPO Shah Alam, GPO Johor Bahru, GPO Kuching, GPO Kota Kinabalu dan lain-lain.


Antara ganjaran yang ditawarkan ialah pen buluh, baucar Pos Shop, rantai kunci, pemegang kunci. Bungkus dan beg guna semula.


Kempen ini mencerminkan perjalanan berterusan Pos Malaysia dalam pelaksanaan pelan hala tuju kelestariannya yang lebih luas.


Menerusi inisiatif ini, syarikat memperkukuh komitmennya untuk mengurangkan pelepasan Karbon Skop 1 dan 2 sebanyak 50% menjelang tahun 2030, mengitar semula 50% sisa operasi, dan memastikan 80% bahan pembungkusan diperbuat daripada bahan kitar semula menjelang tahun 2025, sebagai sebahagian daripada aspirasi jangka panjang untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2050.


‘Program Take Back’ sulung pada tahun 2023 telah menarik perhatian lebih 200 pelanggan dan berjaya mengumpul lebih 170kg bungkusan kurier terpakai.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page