top of page

Poster kerajaan hulur bantuan RM1,500 Aidiladha adalah palsu

  • nabalunews
  • Jun 25, 2023
  • 1 min read

25 Jun 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menafikan dakwaan bahawa kerajaan akan menyalurkan bantuan Aidiladha sebanyak RM1,500 kepada rakyat.


Beliau berkata dakwaan itu adalah palsu dan disebarkan melalui poster yang memaparkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkongsi poster itu di akaun Facebook beliau dan meminta rakyat supaya tidak tertipu.


"Ini sebaran palsu, harap maklum," katanya.


Beliau juga mengingatkan rakyat supaya berhati-hati dengan sebarang maklumat yang tidak sah atau tidak disahkan oleh kerajaan.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page