top of page

PPM DUN LAMAG ANGGAP TUGAS SEBAGAI SATU AMANAH

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 26, 2020
  • 1 min read

26 NOV 2020

KOTA KINABALU: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Lamag Abu Bakar Gapar menganggap tugas serta tanggungjawab yang diberikan sebagai satu amanah besar kepada masyarakat khususnya rakyat di kawasan baharu DUN Lamag.


Abu Bakar, 41, dari kampung Kuamut berkelulusan DIploma Sains Politik turut berterima kasih kepada kerajaan negeri khususnya Wakil Rakyat kawasan Lamag yang juga Timbalan Ketua Menteri Dato' Sri Bung Moktar Radin kerana meletakkan kepercayaan melantik beliau sebagai PPM di kawasan tersebut.


Beliau berkata, pengalaman sebagai CDO N.47 Kuamut dari 2014-2018 akan dijadikan asas meneruskan khidmat bakti bagi membantu Adun kawasan tersebut membangunkan kawasan DUN Lamag agar seiring dengan pembangunan di kawasan-kawasan lain.

"Kawasan ini mempunyai 22 buah kampung dan dua mukim iaitu mukim Buang Sayang dan Mulut Bukit Garam namun kedudukan lokasi kampung-kampung yang berjauhan merupakan antara cabaran menyelaraskan tugas saya sebagai PPM kawasan ini,” katanya.

Abu Bakar berkata, keadaan itu akan ditambah baik pada masa akan datang untuk menambah bilangan mukim sedia ada bagi menyelaraskan lagi tugas beliau sebagai PPM di kawasan tersebut.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page