top of page

PPM N11 Kadamaian Rasmi Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Tengkurus

  • nabalunews
  • 7 minutes ago
  • 1 min read

13 Februari 2026


KOTA BELUD: Ukoh @ Jeremy Malajad, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N11 Kadamaian, mewakili Datuk Ewon Benedick selaku Timbalan Ketua Menteri III merangkap ADUN N11 Kadamaian, telah merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Tengkurus, hari ini.


Beliau diiringi oleh Fandhy Rajin, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO), serta Pinol Timun, Pemaju Mukim Woriu dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N11 Kadamaian.


Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa mesyuarat agung PIBG merupakan platform penting untuk memperkukuh hubungan serta kerjasama strategik antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam usaha memastikan kecemerlangan akademik murid terus dipertingkatkan.


Menurut beliau, sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat amat signifikan dalam membentuk sahsiah, disiplin serta jati diri murid yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum. Katanya, kerjasama erat antara guru dan ibu bapa mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, sekali gus menyokong aspirasi pendidikan negara.


Majlis tersebut turut dihadiri barisan guru SK Tengkurus yang komited melaksanakan tanggungjawab mendidik anak bangsa. Kehadiran ibu bapa serta komuniti setempat jelas mencerminkan semangat kebersamaan dan komitmen bersama dalam memacu kecemerlangan sekolah serta pembangunan generasi masa depan di kawasan N11 Kadamaian.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page