top of page

PPM Rampas 6 Tan Minyak Sawit Mentah

  • nabalunews
  • May 9
  • 1 min read


9 Mei 2025


LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas 6 tan minyak sawit mentah (CPO) yang dipercayai cuba diseleweng dalam operasi di sebuah premis di Jalan POIC, di sini, semalam.


Dalam operasi jam 3.50 petang itu, semua minyak sawit mentah yang dirampas dianggarkan bernilai RM114,800 berdasarkan harga pasaran semasa.


Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, ketika serbuan dijalankan, pasukan operasi mendapati bahan mentah berkenaan sedang dalam transaksi pemindahan minyak.


Katanya, pemindahan minyak sawit berkenaan dilakukan oleh dua lelaki tempatan berusia 30 dan 43 tahun


“Kedua-dua suspek dikesan sedang memindahkan minyak sawit daripada tangki kepada tong drum yang terdapat di belakang muatan lori.


“Anggaran nilai keseluruhan rampasan adalah RM114,800 dan semua barangan terus dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, kedua-dua suspek turut ditahan untuk siasatan mengikut Peraturan 5(1)(b) Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia 2005.


Katanya, PPM Wilayah 4 Sabah akan terus komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page