top of page

PPM Rampas 7,000 Liter Diesel Cuba Diseludup

  • nabalunews
  • Jul 6
  • 1 min read

6 Julai 2025


SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mengagalkan cubaan menyeludup minyak diesel menggunakan bot nelayan dalam operasi di laut Pulau Berhala, di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, pasukan operasi PPM merampas 7,000 liter minyak diesel bersubsidi yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.


Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, semasa rondaan dijalankan, pasukan operasi menahan sebuah bot nelayan dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, pemeriksaan lanjut menemui lapan tangki fiber diubahsuai yang mengandungi 7,000 liter minyak diesel.


“Pasukan operasi terus menahan seorang juragan warga tempatan berusia 54 tahun bagi membantu siasatan lanjut.


“Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM367,050 termasuk bot, diesel dan peralatan berkaitan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu mengangkut barang kawalan tanpa permit sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).


“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu cubaan menyeleweng barang kawalan.


“PPM Wilayah 4 akan terus komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara,” katanya.

Komentar


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page