top of page

PPM rampas barang kawalan, jumpa senjata api buatan sendiri.

  • nabalunews
  • Aug 30
  • 1 min read

ree

30 Ogos 2025


PITAS: Pasukan Polis Marin (PPM) bukan saja berjaya merampas barang kawalan bersubsidi, malah turut menemui senjata api buatan sendiri dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Pegasaon, di sini, semalam.


Dalam operasi, jam 12.15 tengah malam itu, pasukan operasi berjaya merampas minyak petrol, minyak masak dan tong gas LPG yang dipercayai disimpan sebelum cuba diseludup keluar.


Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, bertindak atas maklumat, pasukan operasi menyerbu sebuah rumah yang dipercayai dijadikan stor simpanan barang kawalan berkenaan.

ree

Malah katanya, ketika serbuan dijalankan, pasukan operasi turut berjaya menemui dua laras senjata api buatan sendiri yang disyaki digunakan untuk kegiatan haram.


"Hasil serbuan berjaya merampas sembilan tong drum berisi petrol, 11 kotak minyak masak dan sembilan tong gas.


“Selain itu, pasukan operasi turut merampas dua laras senjata api buatan sendiri,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

ree

Menurutnya, semua barang rampasan kemudian dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan lanjut.


Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Akta Senjata Api 1960 (Akta 206).


Sementara itu, Nazri berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat berhubung aktiviti penyeludupan.


"PPM akan terus komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara," katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page