top of page

PPM Rampas Cecair Vape Bernilai RM75,825 Dirampas

  • nabalunews
  • 4 hours ago
  • 1 min read

11 Februari 2026


KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya merampas lebih 2,300 unit cecair vape pelbagai jenama dalam serbuan di sebuah premis di Likas, di sini, semalam.


Operasi bersepadu Op Taring Landai E-Cigarette Mega itu dilaksanakan hasil kerjasama bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKN Sabah) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.


Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Amri Abd Rahman berkata, dalam serbuan berkenaan, pasukan operasi berjaya menemui 92 jenis perisa vape yang dipamerkan di kaunter jualan premis terbabit.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut turut menemukan sebanyak 2,353 unit cecair vape pelbagai jenama disimpan di dalam premis berkenaan.


“Nilai keseluruhan rampas dianggarkan berjumlah RM75,825 berdasarkan harga pasaran semasa.


“Semua rampasan disyaki melanggar peruntukan undang-undang mengikut Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852),” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Ahmad Amri berkata, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga 1 tahun, atau kedua-duanya sekali.


Katanya, hukuman lebih berat juga boleh dikenakan terhadap pesalah sekiranya didapati melakukan kesalahan berulang.


Sehubungan itu, Ahmad Amri berkata, penguatkuasaan akan terus dipergiatkan bagi membanteras penjualan dan pengedaran vape secara haram demi melindungi kesihatan awam.


“Pihak berkuasa tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam penjualan dan pengedaran vape secara haram, khususnya yang boleh menjejaskan kesihatan orang awam.


“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti haram berkenaan diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan,” katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page