top of page

PPM rampas produk sejuk beku tanpa lesen

  • nabalunews
  • Sep 23
  • 1 min read

ree

23 September 2025


BEAUFORT: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya merampas 232 kotak produk sejuk beku pelbagai jenama tanpa lesen.


Semua bahan makanan berkenaan dirampas dalam serbuan bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar di sebuah rumah di Jalan Tokong Cina, di sini, pada jam 2 petang, semalam.


Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, serbuan dijalankan hasil maklumat yang diterima daripada orang awam.

ree

Katanya, berdasarkan maklumat diterima, rumah berkenaan dijadikan tempat penyimpanan produk sejuk beku tanpa lesen.


"Hasil serbuan berjaya merampas 232 kotak produk sejuk beku pelbagai jenama tanpa lesen.


"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM132,905. Semua barangan dirampas untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, semua bahan makanan sejuk beku berkenaan disita untuk membantu siasatan lanjut mengikut Enakmen Haiwan 2015.


Sementara itu, Nazri berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan maklumat dan kerjasama daripada seluruh komuniti orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara.


"PPM akan terus komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara," katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page