top of page

PPM SANDAKAN GAGALKAN CUBAAN SELUDUP MASUK 7,990 BUNGKUS ROKOK TANPA CUKAI

  • nabalunews
  • Nov 10, 2020
  • 1 min read


Gambar Hiasan

10 Nov 2020

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya merampas 7,990 bungkus rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM91,289 yang dipercayai cuba diseludup masuk ke dalam negara, menerusi Operasi Landai Khas di Sungai Luboh dekat sini malam tadi.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 4 Sandakan DSP Rusdin Banin berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8.00 malam tadi, sepasukan pegawai dan anggota PPM mengejar sebuah bot apabila ia memecut laju selepas pasukan itu mendekatinya dan memperkenalkan diri sebagai polis.

“Juragan bot telah bertindak memecut laju ke kawasan cetek lalu terjun melarikan diri ke kawasan paya bakau,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas bot jenis kayu itu menemukan 7,990 bungkus rokok pelbagai jenama seperti Astro Merah, Royal Premium, Grow, Menara, Arena serta Gudang Garam, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai rampasan atau RM100,000 mengikut yang mana lebih tinggi.

Rusdin seterusnya masyarakat, khususnya di persisir pantai, untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah di perairan melalui aplikasi WhatsApp PPM Wilayah 4 Sabah di talian 0132831197 atau berhubung terus ke Gerakan PPM Sandakan dengan menelefon 089-221453 bagi membantu polis. - Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page