top of page

PPS terima 355 mangsa banjir

nabalunews

29 Januari 2025


KOTA KINABALU: Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka setakat ini mencatatkan penempatan seramai 355 mangsa banjir.


Jumlah berkenaan melibatkan 105 keluarga yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda daerah Kota Marudu dan Beaufort.


Menurut statistik dikeluarkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, PPS Kota Marudu mencatatkan seramai 258 mangsa melibatkan 76 keluarga.


Manakala bagi PPS Daerah Beaufort pula merekodkan bilangan penduduk terjejas akibat banjir seramai 97 orang membabitkan 29 keluarga.


“Bagaimanapun, jumlah ini dijangka akan bertambah dari semasa ke semasa berikutan keadaan cuaca yang masih tidak menentu di seluruh negeri Sabah ketika ini,” katanya.


Sehubungan itu, APM Sabah menasihatkan orang awam khususnya yang tinggal berhampiran sungai dan kawasan rendah agar sentiasa berwaspada dan peka dengan situasi semasa di daerah masing-masing.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page