top of page

PPU Gudon Stabilkan Bekalan Elektrik Di Kawasan Sepanggar dan Sekitar

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

2 April 2026


KOTA KINABALU: Pembinaan Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Gudon yang dimulakan pada tahun 2023, siap dan beroperasi sepenuhnya sejak 18 Mac lalu.


Operasi PPU berkenaan dilihat berpotensi memastikan bekalan elektrik di kawasan Sepanggar dan sekitarnya akan terus stabil.


Pengurus Besar Projek Utama Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) Ts Abdul Razak Salleh berkata, projek bernilai RM42 juta itu dibangunkan untuk meningkatkan dayaharap sistem 11kV dan seterusnya menampung peningkatan tenaga di kawasan berkenaan.

Katanya, peruntukan untuk melaksanakan projek berkenaan adalah daripada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) sebelum diserahkan kepada pihak Sabah Electricity.


“Menerusi projek ini, indeks tempoh purata gangguan (SAIDI) Sabah juga dijangka akan dapat dikurangkan sebanyak 1.47 minit/pelanggan.


“Proses akhir iaitu pengagihan beban tenaga di kawasan sekitar akan dijalankan dalam masa terdekat bagi menjamin kestabilan bekalan,” katanya kepada media selepas melawat PPU berkenaan, di sini, hari ini.

Abdul Razak berkata, pelaksanaan projek berkenaan adalah di bawah Pasukan Petugas Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES).


“Selain PPU Gudon, beberapa projek infrastruktur bekalan elektrik di Kota Kinabalu, Keningau, Sandakan dan Tawau dijangka akan siap pada tahun ini,” tegasnya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page