top of page

PRK PARLIMEN BATU SAPI BATAL – SPR

  • nabalunews
  • Nov 18, 2020
  • 1 min read

ree

18 Nov 2020


KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Batu Sapi yang ditetapkan pada 5 Dis, tidak akan diteruskan susulan pengisytiharan Proklamasi Darurat oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di kawasan Parlimen berkenaan.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata satu tarikh lain akan ditetapkan untuk PRK berkenaan susulan pengisytiharan darurat tersebut.


“SPR mengambil maklum akan kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.


“Ia bagi membolehkan suatu ordinan dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 untuk membatalkan tarikh yang telah ditetapkan bagi menjalankan PRK tersebut selepas diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Pada 13 Okt lepas, SPR menetapkan hari penamaan calon PRK Batu Sapi pada 23 Nov manakala hari pengundian awal pada 1 Dis dan pengundian pada 5 Dis.


PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong pada 2 Okt akibat jangkitan paru-paru. – Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page