top of page

PRN Johor: Wanita Keadilan fokus tawan tiga kerusi

Nur Syafiqah Abdullah


26 Feb 2022

Oleh Nur Syafiqah Abdullah


JOHOR: Wanita Keadilan Pusat yakin tiga calon wanita yang diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 dapat menyumbang kepada kemenangan parti itu dan Pakatan Harapan (PH) dalan pilihan raya itu.


Pemangku Pengarah Pilihanraya Wanita Keadilan Pusat Rodziah Ismail berkata, Wanita Keadilan Pusat menawarkan tiga calon wanita yang tekun dalam aktiviti kemasyarakatan, menyantuni dan mengangkat isu rakyat dalam PRNJohor 2022.


“Meskipun ini bermakna kaum hawa mewakili hanya 15 peratus dari kesemua 20 calon Keadilan, Wanita Keadilan Pusat berbesar hati kerana ketiga-tiga calon wanita ini diyakini dapat menyumbang kepada kemenangan Keadilan dan PH pada PRN ini.


“Ini bertepatan dengan pendekatan Keadilan dan PH kali ini untuk menampilkan calon berpotensi tinggi tanpa mengira usia atau jantina,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Rodziah berkata, ketiga-tiga calon wanita Keadilan itu merupakan anak Johor yang dikenali rakyat secara dekat setelah sekian lama bergiat aktif di lapangan, mengangkat dan menyelesaikan isu-isu kemasyarakatan.


“Selain dikenali sebagai perunding kewangan yang telah banyak menempa kejayaan, Puan Napsiah Khamis Maharan, calon DUN Kempas N47 juga seorang aktivis sosial dan masyarakat tersohor di samping menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Wanita Keadilan Johor.


“Bagi Puan Zulinah Johari, calon DUN Tenggaroh N33 pula, kesibukan beliau sebagai pemimpin persatuan dan masyarakat tidak menghalang beliau menjadi seorang ahli perniagaan berjaya yang banyak berjasa mengembangkan bisnes keluarga.


“Puan Haryati Abu Nasir, calon DUN Semarang N20 juga tidak kurang hebatnya dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan pelbagai persatuan yang diseimbangkan dengan tugasan mencabar beliau sebagai pembantu kejuruteraan, suatu bidang yang selalunya didominasi oleh lelaki,” katanya.


Beliau berkata, berdasarkan pengalaman dan prestasi mereka, Wanita Keadilan Pusat yakin ketiga-tiga calon wanita itu mampu mencipta kejutan dan seterusnya memberi khidmat terbaik kepada rakyat sekiranya diberi mandat.


“Wanita Keadilan Pusat juga berbangga kerana parti keramat ini mengetengahkan calon-calon wanita yang benar-benar layak dan terbukti mampu memantapkan lagi gerakan wanita di setiap peringkat,” katanya.




Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page