PRN Melaka: 11,557 pengundi mengundi awal esok

15 November 2021
Oleh Nur Syafiqah Abdullah
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan seramai 11,557 pengundi akan mengundi awal pada 16 November ini (Selasa) melibatkan 24 Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dun Melaka ke-15.
Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, sepanjang proses undi awal itu, pematuhan kepada Gais Panduan Pencegahan Covid-19 di bawah Pelan Pemulihan Negara yang berkuatkuasa seperti penjarakan fizikal, amalan pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan, saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran akan dilaksanakan.
“Proses pengundian awal ini akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding. Di samping itu, SPR akan menyiarkan proses pengundian ini secara live streaming menerusi Facebook SPR,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Ikmalrudin berkata, kesemua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap-lokap balai polis. Kertas-kertas undi terebut hanya akan dikira pada 20 November, bermula jam 4 petang.
Katanya lagi, pengiraan kertas undi akan dijalankan di tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR dan urusan pengiraan undi akan disaksikan oleh ejen-ejen calon masing-masing.
Comments