PRN Melaka: Pembangkang guna logo HARAPANPRN Melaka: Pembangkang guna logo HARAPAN
top of page
  • Farah Salim

PRN Melaka: Pembangkang guna logo HARAPAN



29 Oktober 2021

Oleh Farah Salim


PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) sebulat suara memutuskan untuk menggunakan logo HARAPAN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan.


Keputusan itu diambil selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan dengan kepimpinan parti termasuk DAP, PKR, Parti Amanah Negara dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko).


Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini telah mencapai permuafakatan dan akan menggunakan logo HARAPAN dalam Pilihanraya Negeri Melaka yang akan datang.


“Pembahagian jumlah kerusi yang dipersetujui yang bakal ditandingi parti-parti komponen PH adalah KEADILAN (11 kerusi), Amanah (9 kerusi) dan DAP (8 kerusi) sementara kita meneruskan rundingan dengan parti-parti lain yang ada,” katanya dalam perkongsian melalui media sosial Facebooknya, hari ini.


Namun katanya, apa yang membimbangkan ialah pengawalan wabak Covid-19 yang berkesan sepanjang tempoh kempen Pilihanraya Negeri Melaka kelak.


“Saya harap kita jangan ulang kesilapan semasa PRN Sabah tahun lalu dan kembali menyusahkan rakyat,” katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page