PRN Sarawak: Permohonan undi pos dibuka hingga 24 NovPRN Sarawak: Permohonan undi pos dibuka hingga 24 Nov
top of page
  • Farah Salim

PRN Sarawak: Permohonan undi pos dibuka hingga 24 Nov



16 November 2021

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Permohonan undi pos secara dalam talian bagi warganegara Malaysia di luar negara dan dalam sektor keselamatan serta kesihatan yang layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-12 telah dibuka bermula 8 November hingga 24 November ini.


Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, permohonan undi pos itu untuk kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan 1C (9 agensi keselamatan dan kesihatan).


“Manakala permohonan untuk undi pos kategori Borang 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/ Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera dan Petugas Media) akan dimaklum kelak,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Ikmalrudin berkata, permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang MySPR Daftar https://mysprdaftar.spr.gov.my/ atau di portal rasmi SPR iaitu https://www.spr.gov.my/.


“Pemohon dinasihatkan agar membuat permohonan lebih awal bagi mengelak berlakunya sebarang isu atau kesulitan.


“Pertanyaan lanjut hubungi Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP) di talian 03-88927080 atau email kepada upup@spr.gov.my,” katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page