top of page

Program Amanita IPD Ranau Tingkatkan Keselamatan Komuniti

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

9 Februari 2026


KUNDASANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau menganjurkan Program Kepolisan Komuniti, Amanita dan ‘Talk To Us’ di Pekan Kundasang pada 6 Februari lalu.


Program yang dianjurkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini menumpukan peranan anggota wanita polis (Amanita) dan komuniti setempat dalam usaha pencegahan jenayah serta memperkukuh keselamatan.


Kehadiran wakil dari Balai Polis Kundasang, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, serta Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ranau menunjukkan komitmen bersepadu PDRM mendekati dan membina hubungan erat bersama masyarakat.

Sepanjang program, taklimat dan nasihat keselamatan disampaikan kepada orang ramai, dengan penumpuan kepada langkah pencegahan jenayah harta benda dan keselamatan kediaman. Risalah maklumat dan saluran aduan rasmi turut diedarkan untuk memudahkan laporan dan bantuan.


Menurut kenyataan IPD Ranau, program ini bukan sekadar penyampaian maklumat, tetapi juga platform untuk mempererat silaturahim dan membina kepercayaan antara polis dan komuniti. Aktiviti santai dan sesi ‘Talk To Us’ yang mesra turut menggalakkan penglibatan aktif masyarakat, terutamanya golongan wanita sebagai rakan kongsi PDRM dalam memantau keselamatan kawasan.

IPD Ranau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dan penduduk Kundasang yang hadir. Kerjasama ini diharap dapat diteruskan demi memastikan kesejahteraan dan keselamatan bersama terpelihara.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page