Program B.U.AT. didik pelajar SMK Putatan kepentingan disiplin dan akhlak
- nabalunews
- Feb 20
- 1 min read

19 Februari 2025
PUTATAN: Usaha membentuk generasi belia berakhlak mulia dan berdisiplin diteruskan menerusi Program Belia Unggul Akhlak Terpuji (B.U.AT.) yang berlangsung di SMK Putatan, hari ini.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Penampang, ASP Idrus Arshad, yang juga Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) SMK Putatan, dijemput untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam program tersebut.
Dalam perkongsiannya, ASP Idrus menekankan kepentingan disiplin, nilai murni, dan jati diri sebagai asas utama dalam membentuk generasi belia yang bertanggungjawab serta berakhlak mulia.
“Pelajar diberikan pendedahan mengenai kepentingan menjaga disiplin, menghindari gejala sosial, serta mengamalkan nilai-nilai positif dalam kehidupan seharian,” katanya.
Program ini turut menjadi platform penting bagi mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha membimbing pelajar ke arah masa depan yang lebih cemerlang.
Turut hadir dalam program ini ialah Pengetua SMK Putatan, Puan Zarida Hj Mohd Junaidi.
Comments