top of page

Program Gotong-Royong Bersihkan Tanah Perkuburan, Eratkan Silaturahim Penduduk Kampung Hampilan

  • nabalunews
  • Feb 1
  • 1 min read

1 Februari 2026


KUNAK: Penduduk Kampung Hampilan hari ini berganding bahu menjayakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan kampung sebagai persediaan menyambut kedatangan bulan Ramadan.


Program kemasyarakatan yang diketuai Ketua Penerangan UPKO Lahad Datu, Saudi Osman turut disokong penuh penduduk setempat yang mengambil bahagian secara langsung dalam kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan kawasan perkuburan.


Aktiviti yang diadakan setiap tahun pada bulan Syaaban itu bertujuan memastikan kawasan perkuburan sentiasa bersih, terpelihara dan selesa untuk dikunjungi oleh ahli keluarga serta masyarakat setempat.

Saudi Osman berkata, program gotong-royong seumpama ini bukan sahaja mencerminkan nilai murni dalam masyarakat, malah mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk tanpa mengira peringkat usia.


Katanya, amalan bekerjasama dalam aktiviti kemasyarakatan juga selari dengan semangat perpaduan dan keprihatinan sosial yang perlu terus dipupuk, khususnya di peringkat akar umbi.


“Penduduk kampung turut meluahkan penghargaan atas kehadiran dan penglibatan kepimpinan setempat yang sentiasa memberi sokongan terhadap aktiviti berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan.

“Selain membersihkan kawasan perkuburan, program ini juga menjadi medan pertemuan penduduk kampung untuk bertukar pandangan serta memperkukuh semangat kekitaan dalam komuniti,” katanya.

Saudi berkata, penganjuran aktiviti tahunan ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai satu tradisi yang mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan, menghormati tempat persemadian serta memperkukuh perpaduan kampung.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page