top of page

Program gotong-royong terus mendapat perhatian ADUN Kadamaian

nabalunews



13 Januari 2025


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick terus memberikan komitmen terhadap kebajikan masyarakat Kadamaian dengan menyumbangkan bantuan kepada pemimpin masyarakat bagi melaksanakan program gotong-royong di kawasan tersebut.


Mewakili Ewon, kakitangan Pejabat Perhubungan ADUN Kadamaian, Shainim Epin menyerahkan sumbangan kewangan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Penampatan Wariu Kadamaian, Raim Ginsos.


Raim menjelaskan, dana tersebut akan digunakan untuk menampung perbelanjaan gotong-royong membersihkan kawasan balai raya dan tapak rekreasi kampung. Aktiviti ini, menurut Raim, bukan sahaja memastikan kebersihan kawasan tetapi juga merapatkan hubungan antara penduduk.


Selain itu, sumbangan turut diberikan kepada Pengerusi JKKK Kampung Tegudon Kadamaian, Mohd. Norfazilan Abdullah.


Dana tersebut akan digunakan untuk gotong-royong membersihkan kawasan kuburan kampung, yang dianggap sebagai tanggungjawab bersama untuk memastikan warisan nenek moyang terus terpelihara dengan baik.


Norfazilan menyatakan penghargaan kepada Ewon atas sokongan berterusan beliau.


Kedua-dua pemimpin kampung menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas keprihatinan Ewon dalam membantu komuniti Kadamaian.


Sumbangan yang diberikan bukan sekadar material, tetapi turut memperkukuh semangat perpaduan di kalangan masyarakat setempat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page