Program I Care Kadamaian Teruskan Penyerahan Alat Bantu Kepada Penerima Memerlukan
- nabalunews
- Dec 12, 2025
- 1 min read

12 Disember 2025
KOTA BELUD: Program I Care Kadamaian (Saya Peduli Kadamaian) diteruskan hari ini dengan penyerahan pelbagai alat bantu kesihatan kepada beberapa penerima di kawasan Kadamaian.
Bantuan tersebut merangkumi dua katil boleh laras, dua kerusi roda boleh laras, tiga kerusi roda biasa dan satu walking frame. Antara penerima bantuan ialah Jakkol Kimpok dari Kg. Pinolobuh, adik Reyson Alinsua Rolando dari Kg. Sogoh, Yangau Lansan dari Kg. Lingkubang, Nuda Sumpatan dari Kg. Lahanas Siba, Rusni @ Runi Abdullah dari Kg. Lasau Podi, Deline Barokan dari Kg. Bayayat serta Salantik Duat dari Kg. Melangkap Tiong.
Pelaksanaan program hari ini turut mendapat kerjasama daripada CSR Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai sokongan kepada inisiatif kebajikan yang sering digerakkan oleh Datuk Ewon Benedick, ADUN Kadamaian.

Usaha ini menekankan komitmen berterusan untuk membantu golongan yang memerlukan, khususnya mereka yang berdepan kekangan kesihatan dan mobiliti.
Sumbangan alat bantu ini diberikan kepada penerima yang menghadapi masalah kesihatan serius dan memerlukan kemudahan tambahan bagi meningkatkan keselesaan harian di rumah serta memudahkan urusan rawatan susulan di hospital.
Bantuan tersebut diharap dapat meringankan beban keluarga penerima dan memberikan kesan positif terhadap kualiti hidup mereka.
Program I Care Kadamaian terus menyeru masyarakat untuk memberikan sokongan agar lebih banyak bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Usaha berterusan ini diyakini mampu mencipta perubahan yang lebih baik serta memupuk semangat kepedulian dalam kalangan komuniti.















Comments