top of page

Program Imunisasi Kebangsaan Measles Diadakan di Kampung Lobong-Lobong

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 1 min read

ree

8 Ogos 2025


KOTA BELUD: Seramai 20 kanak-kanak bawah lima tahun menerima suntikan imunisasi Measles (demam campak) dalam Program Imunisasi Kebangsaan yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Lobong-Lobong, hari ini.


Program ini merupakan sebahagian daripada kempen imunisasi kebangsaan yang digerakkan bagi memastikan perlindungan kesihatan kanak-kanak dari penyakit berjangkit.


Program yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 11 pagi itu dilaksanakan oleh petugas dari Klinik Desa Kaung dan Klinik Desa Simpangan, dengan kerjasama komuniti setempat.

ree

Para petugas kesihatan turut memberikan penerangan ringkas kepada ibu bapa mengenai kepentingan imunisasi lengkap bagi kanak-kanak.


Pihak penganjur menyeru semua ibu bapa agar tidak terlepas peluang mendapatkan imunisasi percuma ini demi memastikan anak-anak mereka mendapat perlindungan awal daripada jangkitan Measles yang boleh membawa komplikasi serius jika tidak dirawat.


Ibu bapa juga diingatkan untuk membawa kad klinik anak masing-masing semasa hadir ke program seumpama ini bagi memudahkan proses pendaftaran dan semakan rekod imunisasi. Program seperti ini akan diteruskan di lokasi lain mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak kesihatan daerah.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page