top of page
  • Wartawan Nabalu News

Program Jabatan Bersama Rakyat bantu selesaikan masalah rakyat Pitas


3 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PITAS: Sebanyak 23 jabatan dan agensi kerajaan mengambil bahagian dalam Program Jabatan Bersama Rakyat yang diadakan di Dataran Bengkoka, di sini, pada Sabtu, bagi mendengar dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh penduduk daerah ini.


Program itu dirasmikan oleh Pembantu Menteri I, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah dan ADUN N.3 Pitas, Datuk Sri Dr. Ruddy Awah yang berkata program sebegini dapat memberi kelegaan dan kesejahteraan kepada rakyat.


"Sebagai wakil rakyat, setiap permasalahan yang mereka hadapi, kita cuba selesaikan secepat yang mungkin bagi meringankan beban yang mereka tanggung," katanya.


Beliau berkata kebanyakan jabatan dan agensi yang terlibat adalah yang dekat dengan rakyat seperti yang berkaitan dengan perladangan, pertanian, perikanan dan nelayan termasuklah Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB).


Beliau juga mencadangkan agar program sedemikian akan dipanjangkan sehingga ke peringkat mukim bagi memudahkan bertemu dan mendengar keluhan rakyat yang berada jauh di pedalaman.


"Selepas ini, kita akan perluaskan program seperti ini sehingga ke peringkat mukim ekoran terdapat satu-satu mukim yang mempunyai 20 buah kampung, ini memudahkan rakyat dari kampung-kampung yang terletak jauh dari pekan, datang ke mukim bagi mengutarakan permasalahan mereka," katanya.




Comentários


bottom of page