top of page
  • Wartawan Nabalu News

Program Kami Peduli terima sokongan ADUN Kadamaian

21 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Program Kami Peduli bagi membantu kanak-kanak yang memerlukan khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.


Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi memberikan sumbangan untuk membiayaai program itu yang dilaksanakan di SMK Tambulion, baru-baru ini.


Program anjuran Pasukan Pindung Kanak-Kanak dengan kerjasama Pasukan Kebajikan Kanak-kanak Kota Belud, bertujuan memberi sokongan dan bantuan kepada kanak-kanak yang memerlukan di daerah ini.


Pengerusi Pasukan Pelindung Kanak-Kanak Kota Belud, Laideh Francis Bugis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Ewon Benedick atas sumbangan itu.

bottom of page