top of page

Program Kepimpinan Wanita Dan Kesedaran Jenayah Penipuan Dalam Talian

  • nabalunews
  • 5 hours ago
  • 1 min read

4 Julai 2025


KOTA KINABALU: Pejabat Perhubungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan mengalu-alukan orang ramai untuk hadir ke Program Kepimpinan Wanita dan Kesedaran Jenayah Penipuan Dalam Talian yang akan diadakan di Wisma IDS, di sini, Ahad ini.


Program dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu terbuka kepada semua yang berminat dengan pelbagai pengisian menarik.


Pengurus Program, Mary James berkata, program bermula pada jam 10.30 pagi hingga 4 petang itu akan menampilkan beberapa sesi ceramah dan aktiviti yang memberi penekanan kepada kepimpinan wanita serta kesedaran terhadap penipuan dalam talian.


Katanya, sesi ceramah pertama akan disampaikan wakil Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) bertajuk “Kesan Tak Nak Kena Scam! Kepimpinan Internet Selamat (KIS)”.


“Selain itu, terdapat juga sesi penceramah jemputan iaitu oleh Ahli Lembaga Pengarah Tekun Nasional, Rowindy Lawrence dengan tajuk “Perjalanan Kepimpinan Saya”


“Antara perkata yang akan disampaikan adalah mengenai cabaran dan strategi menjadi pemimpin yang berkesan dalam komuniti,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, sesi ceramah kedua akan disampaikan oleh ADUN Kapayan, Datuk Jannie Lasimbang yang akan membentangkan topik “Kepimpinan Wanita Beriltizam Untuk Semua”.


Manakala katanya, sesi terakhir pula akan disampaikan oleh Datuk Ts. Dr Ramzah Dambul yang akan menyampaikan ceramah bertajuk “Membentuk Dasar yang Adil & Berkesan”.


“Dr Ramzah akan turut menerangkan peranan kepimpinan wanita dalam membentuk dasar yang adil dan berkesan.


“Acara akan ditutup dengan sesi Penulisan Ilitizam Wanita yang wajar diperjuangkan, di mana tiga idea terbaik akan diumumkan, diikuti dengan penyampaian hadiah kepada peserta.


“Program ini turut menawarkan hadiah istimewa untuk semua peserta dan sesi soal jawab dibenarkan sepanjang acara.


“Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, sila imbas kod QR yang disediakan atau hubungi saya di talian 016-5099861,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page