top of page

Program kerohanian di kalangan pelajar wajar diperbanyakkan

  • nabalunews
  • Aug 15, 2024
  • 1 min read

14 Ogos 2024


TELUPID : Program untuk membangunkan aspek kerohanian pelajar perlu diperbanyakkan kerana ia terbukti berkesan dalam pembinaan sahsiah pelajar yang bakal pemimpin negara kelak selain seimbang dengan pencapaian akademik.


Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Beluran, Felix Joseph Saang memuji usaha murni Alumni PLUS Gereja BCCM Telupid atas penganjuran program kerohanian yang melibatkan pelajar.


"Ini membolehkan pelajar lebih bersedia menghadapi cabaran kehidupan kerohanian yang semakin mencabar," katanya dalam catatan di Facebook nya hari ini.


Felix turut berterima kasih kepada Melton Martin yang sudi mewakilinya dalam menyampaikan sokongan ikhlas kepada Pengerusi Penganjur Dunis Kimjin.


"Terbekatilah segala usaha murni. All Praise To Him Who Reigns Above," katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page