top of page

Program kesedaran kanser terus dipergiatkan HQE

  • Wartawan Nabalu News
  • Feb 12, 2023
  • 1 min read

12 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Hospital Queen Elizabeth (HQE) akan terus mempergiatkan kempen kesedaran penyakit kanser kepada orang ramai, kata Timbalan Pengarah 1, Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr. Yogendran A/L Panchalingam.


Jelas beliau, HQE mengadakan kempen penerangan dan Sambutan Hari Kanser setiap tahun agar maklumat berkaitan diberikan perhatian terutamanya kepentingan membuat pengesanan, pencegahan serta rawatan awal.


Mengulas lanjut, katanya pengetahuan masyarakat mengenai penyakit kanser amat penting terutama selepas pandemik COVID-19 diisytiharkan sebagai endemik.


“Semasa pandemik Covid-19, kebanyakan rawatan dan temujanji pesakit kanser terpaksa ditangguhkan sekaligus mempengaruhi peningkatan kes selepas pandemik.


“Pesakit kanser mudah dijangkiti Covid-19 kerana imuniti, iaitu sistem pertahanan dan kekebalan tubuh yang kurang mengakibatkan mereka perlu melakukan ujian saringan Covid-19 dengan kerap,” katanya.


Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanser Sedunia 2023 Peringkat HQE.


Majlis sambutan bertemakan Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser itu turut disajikan dengan sesi ceramah tertumpu kepada perkembangan dan kaedah rawatan pesakit terutama kanser kolorektal (CRC) atau usus besar.


Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page