Program Kolaboratif SJK (C) Yuk Yin dengan Perpustakaan promosi kaedah peminjaman buku dalam talian
- nabalunews
- Aug 26, 2025
- 1 min read

26 Ogos 2025
KENINGAU: Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (C) Yuk Yin Keningau telah mengadakan Program Kolaboratif dengan Perpustakaan Negeri Sabah, Cawangan Keningau.
Program itu bertujuan memperkenalkan serta mempromosikan kaedah peminjaman buku secara dalam talian kepada murid-murid sekolah, selaras dengan usaha meningkatkan budaya membaca di kalangan generasi muda.
Program dirasmikan Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau, Rafie Robert.
Rafie dalam ucapannya berkata, program ini diyakini dapat memberi motivasi kepada murid-murid serta menyemai semangat cintakan ilmu pengetahuan melalui membaca.
Beliau berharap program seumpama ini diteruskan di sekolah-sekolah lain yang terdapat di daerah ini.
"Ini bagi membolehkan pelajar-pelajar di sekolah-sekolah berkenaan mendapat akses kemudahan yang sama" katanya.
Dalam majlis tersebut, Rafie menyumbangkan sebanyak 1,400 pek makanan kepada murid-murid sebagai sokongan dan galakan kepada mereka.
Sementara itu pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih Rafie atas kesudian merasmikan program tersebut.
Pihak sekolah juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Rafie atas sumbangan pek makanan kepada murid-murid di sekolah itu.
Hadir sama Guru Besar Chong Vun Siong dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Liew Kuat Lim.















Comments