top of page

Program Outreach Santuni Wanita di seluruh kawasan DUN Sabah

  • nabalunews
  • Jun 26, 2025
  • 1 min read

Flavia menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang wakil yang terlibat dalam program itu.
Flavia menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang wakil yang terlibat dalam program itu.

25 Jun 2025


SANDAKAN: Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) dibawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) komited melaksanakan Program Outreach Santuni Wanita di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.


Pembantu Menteri KPMKR, Datuk Flovia Ng berkata, ketika ini, seramai 6,000 peserta wanita daripada 68 DUN mendapat manfaat menerusi program itu.


Katanya, program berkenaan yang menampilkan pameran daripada beberapa agensi dibawah KPMKR, memberi peluang kepada golongan wanita untuk mendapat maklumat mengenai perkhidmatan yang ada di kementerian dan agensi terlibat.


“Antaranya, bantuan khidmat guaman oleh JHEWA memberi kemudahan kepada wanita untuk merujuk dan mendapat khidmat nasihat secara percuma bagi kes berkaitan,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Santuni Wanita dengan tema "Merapatkan Perkhidmatan Ke Arah Kesejahteraan Wanita" anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah bersama Majlis Perbandaran Sandakan dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tanjong Papat dan UPPM Elopura di Dewan Masyarakat Sandakan.


Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung, Setiausaha Politik DUN itu merangkap Pengerusi Jetama Water Sdn Bhd, Liau Fui Fui, Pengarah JHEWA Sabah, Haslina Ismail dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tanjong Papat, Mohd Faried Ismail.


Justeru, Flovia berharap lebih ramai wanita peka dengan perkhidmatan disediakan dan mengetahui perkembangan semasa.


Sementara itu, pada sidang media sama, Frankie berkata, kerajaan sentiasa menyediakan program untuk memperkasa wanita.


Katanya, ia termasuk memberikan pendedahan kepada mereka dengan dunia digital masa kini agar tidak ketinggalan dalam perkembangan semasa.


“Program berkenaan turut menyampaikan ceramah mengenai hak wanita dalam perkahwinan, keganasan rumah tangga, dan kesihatan mental yang harus diketahui wanita sekaligus peka dengan keadaan semasa,” katanya.

 
 
 

header.all-comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page