Program Outreach Santuni Wanita JHEWA Sabah
- nabalunews
- Jul 24, 2025
- 1 min read

24 Julai 2025
KINABATANGAN: Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah bakal melengkapkan Program Outreach Santuni Wanita di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Jabatan dibawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) setakat ini, sudah melaksanakan program berkenaan di 70 DUN sepanjang tempoh lima tahun.
Pembantu Menteri KPMKR, Datuk Flovia Ng, berkata, ketika ini, tiga lagi DUN akan disantuni selepas ini untuk melengkapkan sasaran 73 DUN.

“Sepanjang lima tahun ini, program berkenaan sudah melibatkan penyertaan seramai 6,200 peserta,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mewakili Menteri KPMKR, Datuk James Ratib selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Outreach Santuni Wanita di Dewan Sri Lamag, Kinabatangan pada Khamis.
Turut hadir, Pengarah JHEWA Sabah, Haslina Ismail dan jemputan serta penceramah.

Pada majlis itu, ceramah mengenai kesihatan mental, bahaya penyalahgunaan dadah dan berkaitan kebajikan wanita turut diadakan selain khidmat bantuan guaman percuma.

Dalam pada itu, Flovia berkata, ibu bapa dan masyarakat memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak bebas dari gejala dadah yang memudaratkan diri mereka dan komuniti.

Katanya, peranan masyarakat juga Kesejahteraan penting dalam memastikan kesejahteraan bersama.















Comments