top of page

Program Ramah Mesra Kukuhkan Sokongan Wanita Terhadap UPKO di Kampung Terintidon

  • nabalunews
  • Sep 23
  • 1 min read

ree

23 September 2025


KOTA BELUD: Program Ramah Mesra anjuran Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita UPKO Bahagian Kota Belud bersama Kepimpinan Wanita Cawangan PDM Sayap telah berjaya menghimpunkan lebih 80 peserta di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sayap, Kampung Terintidon, Kota Belud pada 22 September 2025.


Acara ini diadakan bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim antara ahli wanita UPKO serta sebagai platform menyampaikan sumbangan ‘Sentuhan Kasih’ kepada penduduk setempat. Kehadiran yang menggalakkan membuktikan komitmen akar umbi dalam menyokong usaha parti United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO) dalam memperkasakan peranan wanita dalam politik dan masyarakat.


Majlis turut diserikan dengan ucapan pemantapan semangat oleh Ketua Wanita UPKO Bahagian Kota Belud, Datin Saniah Tuak, yang menegaskan pentingnya solidariti dan perpaduan dalam kalangan wanita UPKO untuk terus menyokong agenda pembangunan parti. Turut hadir ialah Gundohing Jaintin Molondoi yang turut menyampaikan mesej sokongan serta galakan kepada ahli untuk terus aktif dalam aktiviti parti.

ree

Program ditutup dengan acara makan bersama dan sesi zumba santai yang mengeratkan lagi hubungan antara peserta, sekaligus memperkukuhkan semangat kekeluargaan dalam kalangan ahli wanita UPKO di kawasan berkenaan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page